Bayam peraksi salah satu tumbuhan yg boleh dimakan yakni dibuat ulam.Buat ulam dgn dimakan begitu saja atau dicicah dgn budu atau sambal belacan bersama nasi,Boleh dikatakan cara memakan nya hanya dgn nasi sahaja,Aku tak pernah dgr bayam peraksi dimakan dgn air teh atau kopi,Dinamakan ulam2an dikhaskan kpd makan dgn nasi bersama dgn lauk yg aku sebutkan tadi.Rasa bayam peraksi boleh membangkitkan selera kpd yg kurang berselera.Boleh dikatakan bau nya agak kuat.Selain itu bayam peraksi merupakan salah satu bahan untuk buat nasi ulam,Istilah nasi ulam mungkin hanya ditempat aku,tempat lain mungkin diberi nama lain
Tempat tumbuhnya.Bayam peraksi biasa tumbuh dikawasan tanah yg baru dibersihkan untuk tanam sawit atau pun tanam getah.Mudah sangat tumbuh ditempat pembakaran himpunan kayu.Kadang2 pokok bayam peraksi didapati tumbuh dipasir sungai.Senang cerita bayam peraksi akan tumbuh dikawasan lapang yg cahaya matahari menyinar seratus peratus,bayam peraksi tak mungkin tumbuh dlm hutan rimba.
Nilai perubatan.
Kebanyakan dari tumbuh2an mempunyai nilai perubatan.Tetapi bayam peraksi aku tak tau nilai perubatan nya.Yg pasti bayam peraksi sedap dibuat ulam.hahahaha....
SEKIAN...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan