Rabu, 3 November 2021

Pokok ulam bulu

Pokok ulam bulu,tu nama kat kampung aku,dan aku hidup dgn pokok ni sejak dari kecik,Tapi yg aku tgk di internet sebagai nama pokok ulat bulu,Aku tak tau mana yg betul dan yg mana salah,Mengikut lojik aku pokok ulam bulu lah yg betul kerana pokok ni boleh dibuat ulam.Oleh kerana berbulu maka disebut sebagai ulam bulu walau macam mana pun pokok ulat bulu pun menesabah jgk sbb buah nya diselaputi bulu,seakan2 bulu diulat bulu..Walau macam mana pun aku tetap mempertahankan nama ulam bulu berdasarkan kapada pokok ni boleh dibuat ulam.Pertahanan aku ni tak rujuk kat mana2 sama ada di wikipidia atau pun kat kamus dewan..hahaha..
Oleh kerana aku menamakan nya sebagai ulam bulu,maka daun nya memang boleh dibuat ulam,ulam nya pula orang tak makan mentah tapi dicelur terlebih dahulu dengan kadar celup sebentar kedalam air panas,tak payah dicelur seperti direbus,Rebus lama menyebabkan daun nya menjadi sangat lembek,Kalau dah lembek memang tak sedap untuk dimakan.Pada kebiasaan yg aku buat ialah dengan celup kedalam air panas selama 15-30 saat,Angkat dan terus dimakan dengan nasi bersama sambal belacan,ikan kering atau budu..Cicah gitu je..Selain dicelur tawar begitu,daun pokok ulam bulu ni boleh dibuat sayur,Yang aku biasa buat ialah sayur air,Sayur air dengan dicampur dengan daun2 lain seperti cekur manis,pucuk paku midin dan daun2 lain lagi,kalau dibuat sayur dengan daun pokok ulam bulu ni pun ok juga,tak ada masalah..Sayur air nya pula sekadar isi bawang putih dan merah dan diisi sedikit budu,garam secukup rasa..tu je resepi nya..Aku memang sayur air pucuk ni memang macam tu..

Nilai perubatan..
Nilai perubatan nya pula banyak sangat,Ada beberapa khasiat nya yang popular..
1) Merawat masalah jantung tersumbat
2) Masalah kolestrol
3) Menurunkan suhu badan.
4) Masalah kencing tak lawas..
5) Turun kan darah tinggi..
6) Strok..
7) Untuk tambah darah..
Kalau mengikut kata orang tua2 pokok ulam bulu ni banyak sangat khasiat nya,Kadang2 rasa tak percaya plk pokok yg terbiar dan tak dipedulikan orang mempunyai nilai perubatan yang tinggi kapada penyakit yang klas A. Aku sendiri makan puncuk ulam bulu sejak dari kecik,Makan ulam ni bukan kerana nak makan sangat,tapi makan kerana miskin,kerana tak ada lauk utk makan dengan nasi,jadi makan je benda2 yang ada termasuk lah pokok ulam bulu ni..Kalau nak tau lebih banyak lagi khasiat pokok ulam bulu ni google je lah...terima kasih..sekian..