Rumput sambau,orang kampung aku memanggilnya sebagai rumput gelang sambo.Rumput ni sangat digemari oleh lembu,terutama kalau masih muda,rumput sambau salah satu rumput yg mudah hidup dan sangat payah untuk dibunuh walaupun dgn mengunakan racun rumput.Kalau setakat racun ballas atau gramoxone tu,dia senyum je..
Rumput sambau yg aku tanam utk mencuba khasiat rumput ni.Aku tak akan guna rumput yg telah diracun kerana bimbang kandungan racun masih ada walaupun rumput ni hidup subur ditempat yg pernah diracun.
Rumput ni tumbuh tak kira tempat,boleh dikatakan tumbuh nya disemua tempat,dikebun,depan laman rumah atau dipasir sungai.Rumput ni tumbuh sejambak sejambak tidak seperti rumput yang biasa dijumpai.Rumput sambau sentiasa subur dengan tak mengira tempat tumbuhnya.Rumput sambau menjadi musuh petani kerana susah untuk dibasmi.Tetapi rumput sambau mempunyai kelebihan yg tak dijangka.Khasiat nya seperti berikut,itu pun aku ketahui melalui whasapp yg dikirim oleh seorang kawan yg meminta aku utk mengambil.rumput sambau utk dibuat ubat..
Pundi kencing
Melawaskan kencing
Merawat artritis
Badan panas
Bengkak telor
Cirit
Deman kuning
Penyakit hati
Radang paru paru
Radang pundi kencing
Merawat gigi dan gusi
Rumput ni tumbuh betul-betul dipintu pagar letrik dikebun aku,Aku sentiasa racun rumput ni utk bersih dilorong pagar agar pintasan tak terjadi yg akan melemahan kuasa letrik pagar aku.Rasanya dah lima kali diracun tp dia tetap hidup subur.Aku tak pernah cuba khasiat rumput,inshallah akan cuba jgk.